Wednesday, July 27, 2011

PENCERAIAN TAKLIK

Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19,yang bermaksud

" Pergaulilah isterimu dengan baik, sekiranya kamu benci kepada mereka, boleh jadi ada yang kamu benci itu Tuhan akan menjadikan kebaikan yang banyak padanya"


Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud,
Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"

Riwayat Abu Daud dan Hakim



Ayat Al-Quran dan hadis tersebut telah menjelaskan pada kita bahawa penceraian itu adalah amat tidak disukai Allah. Tujuan perkahwinan bukanlah untuk saling berpecah belah dan saling bermusuhan sesama pasangan. Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Selagi kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran Islam, Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.


PENGERTIAN CERAI TAKLIK

Ta'lik membawa maksud mensyaratkan atau menggantungkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. Cerai ta'lik ini berlaku dalam beberapa hal :
  1. Ta'lik yang diucapkan suami di hadapan Kadi dan saksi setelah ijab kabul sebagaimana yang termaktub di dalam sijil pernikahan.
Perceraian seumpama ini (ta'lik yang diucapkan suami di hadapan Kadi) hanya boleh disabitkan oleh Hakim di dalam perbicaraan. Perkara ini berlaku jika isteri ingin menuntut perceraian di hadapan Hakim, sementara suami tidak mahu menceraikan isterinya dan belum melafazkan talak kepadanya. Isteri dikehendaki membuktikan bahawa suaminya telah melanggar perjanjian (Ta'lik) yang telah dibuat sewaktu bernikah dahulu.
Jika Hakim dapati suami telah melanggar ta'lik dengan hujah yang jelas yang dikemukakan oleh isteri di dalam perbicaraan, maka Hakim berhak memisahkan kedua pasangan dan menghukumkan jatuh talak kepada pasangan tersebut.
  1. Ta'lik yang diucapkan oleh suami kepada isterinya sebagai contoh:
"Jika awak keluar rumah pada malam ini, maka jatuhlah talak satu kepada kau"
Jika isteri tetap keluar dari rumah pada malam tersebut setelah memahami ucapan yang dibuat oleh suaminya maka jatuhlah talak ke atasnya. Tetapi jika ada lafaz tambahan umpama kalimah "hari ini", dalam lafaz yang diucapkan oleh suami, maka jika isteri keluar dari rumah pada esok hari , lusa atau sebagainya maka tidaklah jatuh talak ke atasnya. Walau bagaimanapun, pasangan dinasihatkan agar membuat pengaduan di Mahkamah Syariah bagi mendapatkan pengesahannya.

Monday, July 25, 2011

SENAMAN VS MAIN GAME PS

SEMALAM I CALL YOU YOU TAK ANSWER.. HEHEHE DA KETINGGALAN ZAMAN DAH AKU NIE BARU NAK LAYAN LAGU TU HAHAHA AKU NGA MENCARI IDEA NIE NAK MENAIP APA BENDA.. DISEBABKAN AKU MENAIP ENTRY AKU SEMASA AKU NAK PUBLISH JADI AKU MEMANG KENA FIKIR MASAK2 DAN GARING2 AGAR SEKURANGNYA ORANG TAK BOSAN MEMBACA ENTRY AKU...

OK LA AKU NAK CAKAP PASAL SENAMAN VS GAME PS 


SENAMAN..

SENAMAN ADALAH SALAH 1 DARIPADA AKTIVITI YG DAPAT MENGELUARKAN DAN MENINGKATKAN KADAR PEMPROSESSAN AIR PELUH KELUAR DARI BADAN..
DENGAN ITU.. KESIHATAN TUBUH BADAN AKAN TERJAMIN.. YA ! MEMANG ANDA AKAN MATI WALAUPUN ANDA KUAT BERSENAM NAMUN ANDA SANGAT BERPUAS HATI DENGAN KADAR KESIHATAN ANDA JIKA KUAT BERSENAM.. OLEH ITU SENAMAN AMAT PENTING DALAM MENINGKATKAN STAMINA. DAYA TAHAN KARDOIVASKULAR DAN MENINGKATKAN DAYA INGATAN..


MENGENAI MENINGKATKAN DAYA INGATAN .. SEBENARNYA SEMASA ANDA BERSENAM SEGALA ALUR DARAH ANDA AKAN MENGEMBANG DAN AKAN MEMUDAHKAN DARAH BEROKSIGEN MELALUINYA OLEH YANG DEMIKIAN DARAH DARI SELURUH BADAN TERMASUKLAH DARAH DI OTAK AKAN MENJADI LANCAR.. DAN AKAN MEMBAWA LEBIH BANYAK DARAH BEROKSIGEN DAN BERGLUKOSA MEMASUKI OTAK KARAT ANDA UH HEHEHE..

SEMEMANGNYA BERSENAM AMAT MEMBERIKAN KEGHAIRAHAN DALAM HIDUP YANG LEBIH PRODUKTIF DAN INOVATIF INI OLEH ITU APA LA YANG ADA PADA BERMAIN GAME SAHAJA DAN MELUPAKAN KESIHATAN BADAN ?? NAMUN BERMAIN GAME JUGA DAPAT MENENANGKAN BADAN DARI STRESS TETAPI SEELOKNYA  BERSENAMLAH DEMI MENJAGA KENIKMATAN YG DIKURNIAKAN ALLAH KEPADA KITA NIE

OLEH ITU JANGAN LAH OBSESS DENGAN PERMAINAN GAME DAN MELAYAN LAMAN SOSIAL HAHA ALAMAK MENGATA PAKU DULANG SERPIH MGATA KOWANG AKU PON LEBIH HEHEHE


TQ YA ..

Sunday, July 24, 2011

AHMAD KHAN VS PETRONAS (WIFI)

HARI : AHAD

PADA: 8.09PM

TARIKH :24/07/2011

SUASANA : DIHARI RAYA..(DI MALAM YG HENING )

MOOD : ANGIN SEPOI2 BAHASA...






ALAMAK NAK BUAT TUGASAN LAH AKU PULAK BARU AJE ALEK DARI LONDON SO AKU MANA TAU AKU ADA TUGASAN DARI PENSYARAH THERMODYNAMICS AKU TU .. AH LEBIH BAIK AKU PERGI PETRONAS KAT DENGAN POLI AKU TUH..

PRRREEEEENNGGGG.....

PRRREEEEEENNNNNNNNGGGGGGG !!!

POM POM POM POM !!!

ERK BUNYI APA UH PADA ENJEN AKU MMMM....

SETIBANYA AKU KAT PATRONAS AKU PON BAGIK LA MODAL RM2 ISI MINYAK SEBELUM BER WIFI HAHAHA MCM KAT CC PULAK SEBELUM ONLINE BAYAR RM 2 DULU HAHAHA AKU PON MASUK DALAM TEMPAT REHAT YANG DISEDIAKAN AKU PON APA LAGI TERUS AKU NAK ONLINE..

BUKAK LAPTOP ON KAN THEN MASUK KAN PASSWORD ......

xxxxxxxxx ... [ ENTER ]

HEHEHE TAK SABAR AKU NAK ONLINE WAT TUGASAN....

..........................................



MMMMM AWAT TAK DAPAT NAK LOG IN NIE...

ADUH AKU PALING PANTANG AKU KALU AKU NAK ONLINE NIE TAPI TAK DAPAT.. PEH LIMITED JE NGOK TOL LA KATA HATI AKU PADA NADA AGAK SEDIH DAN MARAH..


AKU PON TERINGAT PADA RESTORAN AHMAD KHAN... YEEERRRRR.....AKU NAK G SANA LAH DAPAT MAKAN MIEHAILAM HAHAHAHA SEDAP GOK BEBALOI HAHAHA AKU PON PERGI KE SANA DAN AKU PON MENG"ODER" MIEHAILAM HAHAHA SEDAP NYA!!! AKU PON DAPAT ONLINE HEHEHE ...........


SEKIAN...


MORAL CERITA : KALU DAH LINE BINGAI TAK PAYAH NAK TAMPAL STICKER "FREE WIFI" LAH LONGOI HAHAHAHAHA GURAU SAJA HEHEHE

Thursday, July 21, 2011

TUNANG TIKET HALALKAN YG HARAM??

Arakian dalam diam diam aku mendiamkan diri nie aku ada tergerak hati dalam tengah tengah syok layan bola Malaysia lawan chealsea nie aku ternampak pasangan couple tengah syok berpegangan tangan so aku mulai berfikir.. dan dalam berfikir uh aku terbaca kat satu blog   http://theotherkhairul.blogspot.com/2010/12/kalau-couple-itu-haram-kenapa-bertunang.html  mengenai sebaris ayat dalam artikel nya itu yang berbunyi :-

 "Masa tengah couple, pengang tangan. Pengan tangan itu haram."
"Masa tengah couple, kadang-kadang, terfikir benda-benda yang tak senonoh. So ianya adalah zina hati. Which is haram."
"Masa tengah couple, buat seks. Haram."
"Masa tengah couple, keluar berdua-duaan. Haram"
"Masa tengah couple, bergayut hingga ke malam. Haram""Masa tengah couple, peluk-peluk. Haram."
 
Jadik aku pun membaca dan membaca artikel tersebut dalam 3 4 5 kali gak aku pun tergerak nak Tanya pasangan tu mengenai stetus mereka..
Memang kerja gila la kos nak Tanya benda yang orang lain tak berani nak Tanya pada pasangan tersebut.
So aku pun dengan kaki goyang gak aku pon Tanya la pada mereka

ASSALAMUALAIKUM SAYA NIE NAK TUMPANG TANYA BOLEH??
JAWAP PEMUDA UH PULA.. HAH APA DIA KAU NAK TANYA..
SAYA NAK TAHU APA STATUS FB KOWANG BERDUA?? IN RELATIONSHIP KE ATAU DAH KAHWIN KE ATAU IT COMPLICATED HAHAHA...
YG POMWAN MENYEBOK.. APA KAU KESAH NAK TANYA MCM TU PADA KITA ORG ADA KITA GANGGU KO KE??
AKU JWB ALEK.. ADA GAK LA TAPI NAK TAU KOWANG NI COUPLE KE??
BOY UH JAWAP .. KAMI BERDUA NI TUNANG BUKAN COUPLE... KNP??
AKU CAKAP.. TAK PE KE TUNANG PEGANG2 TANGAN?? CUBIT2 PIPI GOSOK2 PEHA?? (ALAMAK TERLEPAS CAKAP)
BOY UH DENGAN GAMPANG NYA BANGUN DAN HALAU AKU HUHU AKU PON BLA LAH AKU NAMPAK PAKCIK MAKCIK GELENG KEPALA DENGAN PERANGAI COUPLE TU.. DAN YANG SYOK NYA DALAM ARTIKEL BLOG TADI UH ADA GAK AYAT YG BERBUNYI ..

Masa dah bertunang, pegang tangan. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, terfikir nak buat seks dengan tunang. Siap nak terfikir macam mana nak test malam pertama lagi. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, start buat seks dengan alasan "Alaa, nanti kita kahwin jugak kan? So tak salah kalau kita cepatkan malam pertama". Tak ke haram?
Masa dah bertunang, peluk-peluk. Tak ke haram? 
Masa dah bertunang, bergayut sampai ke pagi. Tak ke haram?
Masa dah bertunang, keluar berdua-duaan hingga lewat malam sebab dah dapat title 'tunang'. Tak ke haram?...

SO KOWANG FIKIRKAN LAH YER AKU DAH MALAS NAK GADO HAHAHAHA....

NANI YANG TERLAMPAU

Di pagi yang indah dan nyaman di sebuah kampong berdekatan dengan Selangor (bukan nama tempat sebenar) kampong Gong ayam ada sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak perempuan yang comel cantik dan manja. Namun dalam nyaman pagi itu Pak Gundul(nama yg tak sebarapa benar) sedang dalam kepanasan dek kerana ketiadaan api (elektrik) di rumahnya  yang genap tergunggak selama 3 bulan mulai semalam.

Ah !! dah lah panas di luar tambah lagi panas di dalam hati dengan perangai si Nani (bukan nama sebenar dan juga merangkap anak pak Gundul) yang dah menconteng arang ke muka pak gundul.

Nani yang baru sahaja bangun tidur seperti biasa akan memeluk emaknya dan akan terus ke dapur mencari sarapan paginya yang amat digemarinya ,ya!! dia amat menggemari nasi lemak masakan maknya itu. Namun suasana di pagi itu membuatkan nani rasa kurang selesa dan merasakan ada yang tak kena akan terjadi padanya.

Mama mana abah?? Tanya nani...

Abah kamu tengah kepanasan macam cacing kena panggang tu.. kias puan Monah (bukan nama asal) sambil memoncongkan bibirnya pada pak gundul..

Nani perasan akan teletah bapaknya itu yg dari tadi lagi tidak senang duduk , mundar mandir hulu ke hilir..

Nani ! ! mari sini kejap!! ... jerit pak gundul ..

Ya  abah .. nani datang dengan terpinga pinga..

DIALOG ANTARA PAK GUNDUL DAN ANAKNYA NANI

Pak gundul : Apa ko buat semalam hah nani??
Nani : tak buat apa pun abah nani tak ada buat salah pun kan abah??
Pak gundul : ko tau tak perbuatan ko tu dah menconteng arang ke muka abah..??
Ko ingat abah tak tahu ke??( seligat itu juga tangan pak gundul menyepak pipi montel anak kesayangannya tu)
Puan Monah : abang !! tu anak kita bang ,, kenapa di penampo jepon anak kita                  tu bang?? Kesian dia tahu takk...(puan monah menyelit)
Pak gundul : nasib baik orang kampong tak tahu mengenai perkara ini kalau tak                  abah nak taruk mana muka ni?? Malu tahu tak kalau orang                         kampong tahu perkara ini.
Nani : tapi apa salah yang nani dah buat abah??( memegang pipinya yg merah di pok abahnya)
Pak gundul : sebab ko dah conteng arang kat muka abah pakai arang dapur tu lah abah marah hang !!
Nani : ! ? @ ? ... 

Wednesday, July 20, 2011

HUKUM KAHWIN LARI

Sah kahwin lari guna wali hakim
Oleh SITI SHAMSIAH MOHD. SUFI
ISTILAH ‘kahwin lari’ merujuk kepada pernikahan alternatif yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah.
Biasanya mereka lari ke negara jiran untuk bernikah secara mudah. Tindakan mengelak daripada melalui proses biasa, lazimnya kerana mereka mahu berpoligami tetapi tidak dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan (atau) tidak mahu perkahwinan tersebut diketahui oleh isteri pertama.
Ada juga yang bertindak untuk kahwin lari kerana pilihan mereka tidak direstui oleh orang tua.
Kahwin lari sebenarnya suatu kesalahan dan undang-undang memperuntukkan hukuman denda atau penjara terhadap kesalahan ini. Walaupun hukuman telah diperuntukkan terhadap kesalahan ini, akan tetapi fenomena ini seakan tidak nampak bila surutnya. Sekiranya status pernikahan tidak jelas dan tidak didaftarkan tentulah ia memberi implikasi yang sangat tidak baik.
Saya fikir, hati nurani mereka sebenarnya tidak dapat mengelak daripada tertanya-tanya tentang kedudukan pernikahan mereka yang sebenar. Walaupun dari sudut hukum kemungkinan pernikahan tersebut sah, tetapi dengan ketiadaan dokumen yang diakui oleh undang-undang negara, menjadikannya tidak diiktiraf oleh undang-undang.
Anak-anak yang lahir daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan juga menerima tempias kesan yang tidak baik. Segala perkara rutin yang memerlukan dokumen yang sah tentunya tidak akan dapat dibuat disebabkan ketiadaan dokumen yang diperlukan.
Umpamanya perkara-perkara yang melibatkan kesihatan, persekolahan dan tabungan di bank. Sekiranya fenomena ini menjadi berleluasa, ia akan memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.
Disebabkan perkahwinan ini biasanya akibat daripada keengganan bapa untuk memberi restu kepada pasangan, maka tentulah si bapa enggan untuk menjadi wali kepada pernikahan tersebut. Maka perkahwinan tersebut menggunakan wali hakim.
Ada juga keadaan yang ibu bapa tidak tahu-menahu langsung tentang tindakan kahwin lari oleh anak-anak mereka. Di sini timbul persoalan sama ada pernikahan yang dilangsungkan dengan menggunakan wali hakim ini, memang disebabkan ketiadaan wali ataupun lari daripada wali.
Mereka yang berkahwin lari beranggapan walaupun ia merupakan kesalahan, tetapi ia bukan masalah yang berat. Ini kerana perkahwinan yang sah tetap boleh didaftarkan melihat kepada tempat pernikahan dijalankan itu berada lebih dua marhalah (lebih kurang 91 kilometer) dari tempat tinggal wali. Akan tetapi sebenarnya, perkara yang lebih penting daripada jarak jauh itu adalah penafian bapa sebagai wali itu sama ada munasabah atau tidak.
Wali hakim hanya boleh memainkan peranan dalam keadaan bapa masih wujud, sekiranya terdapat sebab-sebab yang dibenarkan, iaitu dalam keadaan yang memenuhi hukum Syarak. Sebaliknya, sekiranya keengganan wali itu disebabkan alasan yang munasabah, maka tidak wujud ruang bagi mana-mana wali hakim untuk mengambil peranan.
Dan yang lebih penting lagi untuk diketahui, keengganan wali atas alasan yang munasabah boleh membatalkan pernikahan tersebut.
Bagi menentukan sama ada keengganan bapa itu munasabah atau tidak, antaranya adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Haji Mohamed lawan Bahrunnasran dan Mazliani Mohamed.
Dalam kes yang diputuskan pada tahun 1997 ini, bapa selaku wali mujbir membuat permohonan pembatalan pernikahan antara Bahrunnasran dengan Mazliani, anaknya. Permohonan ini dibuat atas alasan pernikahan tersebut dibuat tanpa pengetahuan dan keizinannya sebagai bapa merangkap wali, pasangan anaknya tidak sekufu kerana Bahrunnasran seorang pesakit HIV dan merupakan penagih dadah.
Pernikahan antara kedua-duanya telah dibuat sebanyak dua kali, dengan yang pertama dilangsungkan di Pasir Puteh, Kelantan iaitu dalam negeri melalui wali hakim, dan yang kedua di Narathiwat, Thailand. Permasalahan dalam pernikahan yang pertama timbul kerana dinikahkan dengan wali hakim sedangkan wali sebenar masih ada.
Permasalahan dalam pernikahan yang kedua pula timbul bukan disebabkan rukun nikah kerana jarak jauh yang memang melangkaui dua marhalah dari tempat tinggal wali, tetapi disebabkan kedua-duanya dilihat sebagai tidak sekufu dari pihak calon suami yang berpenyakit HIV dan menagih dadah.
Dalam kes ini Mahkamah memutuskan bahawa tindakan wali hakim berkenaan bertentangan dengan kehendak hukum Syarak kerana telah menyatukan dua pihak yang tidak padan (sekufu) dan perkahwinan yang dijalankan sama ada di Kelantan mahupun di Narathiwat adalah tidak sah menurut hukum Syarak. Ini menunjukkan bahawa pernikahan yang dilaksanakan di luar lingkungan dua marhalah belum tentu sah walaupun menggunakan wali hakim, dalam keadaan wali asal masih ada dan wali asal mempunyai alasan yang munasabah untuk menghalang pernikahan daripada berlaku.
Bidang kuasaPeruntukan sudah pun wujud dalam Seksyen 13(b) Undang-undang Keluarga Islam yang memperuntukkan bahawa, “Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada – (a) wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau (b) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak; persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi”.
Sebenarnya konsep dua marhalah bagi tujuan pernikahan sebegini hanya sesuai bagi keadaan perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara dan tidak memungkinkan bagi pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut untuk kembali ke tanah air dalam tempoh tertentu sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 31 Akta Undang-undang Keluarga Islam.
Dalam keadaan ini, sekiranya perkahwinan yang hendak dilangsungkan itu tidak mencapai rukun nikah seperti lazimnya iaitu tidak adanya wali, maka barulah wali hakim akan mengambil tempat wali asal untuk menyempurnakan rukun nikah tersebut.
Wajar untuk diketahui bahawa, pasangan yang hendak berkahwin tetapi kehendak mereka tidak direstui oleh orang tua, dalam keadaan mereka menganggap bahawa perhubungan tersebut tidak ada cacat celanya dari segi Syarak dan adat, undang-undang sebenarnya memberikan ruang yang selesa kepada mereka untuk meneruskan hasrat mulia tersebut.
Walaupun pada dasarnya doa restu orang tua itu sangat penting dan menjadi batu asas sesebuah perkahwinan yang hendak didirikan, akan tetapi garis panduan yang telah diberikan agama itu sebenarnya lebih mengatasi pertimbangan dan kata hati sesiapa. Melalui pandangan para ulama, soal kufu atau sifat padan pasangan itu sepatutnya menjadi neraca untuk memilih pasangan. Pandangan para ulama bersifat sangat bernas untuk dijadikan sebagai panduan.
Seandainya hubungan tidak direstui disebabkan hal-hal yang remeh-temeh dan ia dibangkitkan oleh ahli keluarga, kahwin lari bukanlah penyelesaian yang bijak kerana Mahkamah Syariah bersedia untuk mendengar permohonan bagi kes seumpama ini.
Sebagaimana yang disebutkan oleh Seksyen 13(b) sebelum ini, sekiranya wali enggan memberikan persetujuan tanpa alasan yang sempurna, Mahkamah akan membenarkan perkahwinan yang diniatkan itu untuk diteruskan dengan menggunakan wali hakim. Inilah jalan penyelesaian yang sebenar, iaitu membawa masalah ke muka pengadilan. Di sini tidak timbul soal menjadi anak derhaka atau membelakangi orang tua kerana undang-undang mengatasi semua orang dan setiap orang tertakluk kepada undang-undang. Tanpa mengira siapa pun seseorang itu, ia perlu mematuhi undang-undang dan menerima keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah.
Penyelesaian perlu dibuat bagi mengatasi masalah yang tidak kunjung surut ini dan salah satu jalan penyelesaiannya ini adalah dengan menjalankan kajian imperikal mengenai hukum ‘kahwin lari’. Kajian ini kemudian seharusnya dipanjangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dengan melihat semula hukum yang telah dikeluarkan pada Fatwa Kebangsaan Kali ke-52, iaitu pada tahun 2002 yang lalu.

WORKSHOP 2 - SAND MOULDING

MOULDING PROCEDURES
1.     Drag is placed upside down on a bottom board. Drag have to receive the cope once it have been filled with sand.
2.     After that place the patern at the center of the drag.
3.     Slowly put the parting dust at the bottom board and also at the surface of the patern.
4.     To get the fine sand we must used the foundry riddle then shake it to get nice fine sand and must covered the patern almost ¾ inch deep.
5.     Used rammers to compact moulding sand firmly. Do not give over pressure because we don’t want to damage the patern. We must work around outside patern first to prevent moving the petern and also to form the surface key for the next layers sand.
6.     Use coast riddle and rammer until the flask fully rammers and make sure do not rammer to hard.
7.     Use strike off the bar to scrape off the surplus sand and to obtain flate level surface.
8.     Invert the drag and place it on clean bottom board then sprinkled with parting dust placed on cope.
9.     Position the sprue pins to form the cavities or sprue in the cope through wich metalwill flow to the mould and also put the 2nd part of the patern if ti is two piece patern. Sprue pins placed at lease 2cm from patern at pouring arrangement to avoid too near to the edge  of the flask.
10.                        Slowly put the parting dust at the bottom board and also at the surface of the patern. To make sure the patern do not stick to the sand.
11.                        To get the fine sand we must used the foundry riddle then shake it to get nice fine sand.
12.                        Used rammers to compact moulding sand firmly. Must remembers do not give over pressure because we don’t want to damage the patern. We must work around outside patern first to prevent moving the petern.
13.                        Use coast riddle and rammer until the flask fully rammers and make sure do not rammer to hard.
14.                        Use strike off the bar to scrape off the surplus sand and to obtain flate level surface.
15.                        Remove the sand from the top of the sprue pins to see the surface form.
16.                        Insert draw pins and rapping screws to remove the sprue pins. Rap it lightly but firmly in all direction then free the pins pull out carefully.
17.                        Using fingers round of the corner carefullyto prevent sand wash down the hole that will used when poured melt metal.
18.                        Lift the cope from the drag and then placed upside down to cleane bottom board and sprinkle the parting dust.
19.                        Used wet brush to domped the sand around the edge also at the patern in the drag.
20.                        Insert draw pins and rapping screws to remove the patern. Rap it lightly but firmly in all direction then free the patern pull out carefully because we don’t want to damage tha patern.
21.                        Cut the pouring basins and gate in the drag using finger. After that use bellow to blow the loose sand.
22.                        If it split patern ( two piece) remove the half patern from cope. Used wet brush to dumped the sand . Insert draw pins and rapping screws to remove the patern. Rap it lightly but firmly in all direction then free the patern pull out carefully because we don’t want to damage tha patern.
23.                        Cut the gate to match those cut in the drag clean it by using finger at all corners.
24.                        Mould cavities may be sprayed with the suitable mould coating. This is not essential.
25.                        Before closing the moulding flask to pouring the cavities should be skin dried. This is done by using a gentel flame from Bunsen burner or blow torch.
26.                        Close the flask and cope in suitable place to prevent the flask separating when the metal poured in it.

Monday, July 18, 2011

ASSALAMUALAIKUM SALAM KENAL

ALKISAH AKU NIE DA ADA BLOG TAPI BLOG AKU DAH JAHANAM DENGAN MALWARE JADI AKU PIKIR BAEK AKU BUAT BARU SEMENTARA BLOG LAMA DIPULIHKAN.. LAGI PUN TAK TERLAMBAT LAGI NAK BUAT BLOG BARU..AKU RASA AKU DAH LAMA TAK MENAIP SO AKU NAK MENAIP LAH..MINAT AKU NI MUNCUL MASA AKU KENAL DENGAN BEBUDAK WAT BLOG NIE NAMUN MASA UH AKU TAK ADA LAPTOP ATAU PUN KOMPUTER AKU PULAK MALAS PERGI CC

PADA MULANYA AKU NIE TAK MINAT MANA PON MAIN BLOG NIE TAPI SEJAK MENJAK AKU ADA MOOD NAK MENAIP NIE DAN DI PUSH BDK2 NIE AKU RASA MCM NAK BUAT 1 BLOG NAMUN AKU PUNYA BLOG TAK LA SEBEST2 MCM BLOG OTAI OTAI UH..SEKADAR TEMPAT NAK MEMBERIKAN PENDAPAT DAN SEDIKIT KE POLITIKKAN HEHEHE ADA YG TAK MINAT NAK WAT MACAM MANA KAN?? SELALUNYA AKU AKAN MENAIP YG TAH PAPE AJE ADA LAWAK ADA MERAPU NAMUN KALU KOWANG JENIS TAK MINAT MEMBACA BEK TAPAYAH POLOW HAHA KOS BLOG AKU TAK MENJAMINKAN GAMBAR2 ANAK DARA MONTOK ATAU GAMBAR TERUNA GAGAH SEBAGAI COVER PAGE AKU..AKU SUKA PENUHKAN BLOG AKU DENGAN AYAT ATAU PON ARTIKEL YG AKU COPY HAHAHAHAAHA..

ANYWAY BERMULA LAH SEMULA SEJARAH BLOG AKU NIE YG TAK SEBERAPA NIE SOO AKU HARAP NANTI ADA LA YG AKAN MINAT DAN POLOW PENULISAN AKU NIE.. THANKS..